Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kecacatan sistem MIP-2 belum diperbaiki

 | July 5, 2012

Menurut Nurul Izzah Anwar, kecacatan serius dan bukan sekadar kecacatan sistem kecil masih lagi berlaku.

PETALING JAYA: PKR hari ini mendakwa Kementerian Pengangkutan memandang remeh masalah keselamatan ruang udara negara ini kerana kecacatan sistem MIP-2 masih belum diperbaiki lagi.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berkata ini memandangkan kecacatan serius dan bukan sekadar kecacatan sistem kecil masih lagi berlaku.

Beliau merujuk kepada sistem Malaysian Air Traffic Services Modernization Programme (MATSMP) Improvement Phase 2 (MIP-2) yang dinaiktaraf syarikat Selex Sistemi Integrati (Selex) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT).

AAT juga merupakan syarikat milik Selex, walau sistem dibina dan disediakan oleh Selex, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menurutnya, beliau telah menimbulkan perkara ini di Parlimen pada 12 Jun lalu dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menjelaskan bahawa sistem tersebut “berada di tahap yang baik”.

“Namun beliau gagal meyakinkan rakyat tentang kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem radar MIP-2 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM128.4 juta itu,” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan media.

Nurul Izzah juga di antara lain meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan samada kontraktor Selex bersama AAT telah gagal menepati janji untuk membaikpulih sistem radar yang mereka sediakan sehingga hari ini.

“Adakah Kementerian akan membatalkan kontrak yang diberi kepada mereka dan melaksanakan tender terbuka bagi menjamin keselamatan ruang udara Malaysia?,” soal beliau.

Ketika di Parlimen, Nurul Izzah juga menyoal mengenai pemberian kontrak penyelengaraan 5+5 tahun kepada AAT secara runding terus yang dianggarkan berjumlah RM244.5 juta.

“Hujah bahawa tiada syarikat lain yang memiliki kepakaran sistem yang dipasang Selex dan AAT tidak boleh diterima,” ujar beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments