Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Gosip sudah cukup untuk bertindak?

 | July 6, 2012

Blogger Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang.

PETALING JAYA: “Agak pelik blogger Uncle Seekers ditahan polis hanya berdasarkan tulisannya yang bercorak gosip,” kata Badrul Hisham Shaharin @CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini.

Blogger Uncle Seekers atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang pada waktu malam semalam.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menyoal “kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerah diri di Balai Polis?”

Menurutnya, Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan reman selama 10 hari.

Katanya, mungkin perintah tahanan reman 117 Kanun Acara Jenayah ada alasan digunakan ke atas beliau yang merupakan pemilik blog tersebut.

“Tetapi apa kena mengena teman wanitanya turut ditahan reman sehingga 10 hari juga,” soal beliau yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia.

Rahsia rasmi

Ujarnya, “kenyataan polis yang menyatakan kertas siasatan dibuka dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 juga menimbulkan tanda tanya.

“Apa rahsia rasmi yang didedah sehingga serius sangat? Adakah jumlah kenderaan individu tertentu atau gambar kereta atau gambar individu tertentu dengan kekasihnya tertakluk dalam rahsia rasmi kerajaan?,” tanya beliau.

Menurutnya, penahanan Uncle Seekers dipercayai ada kaitan dengan dakwaan beliau bahawa beberapa pegawai tinggi polis terlibat dengan salah laku atau kesalahan.

“Tetapi melaporkan kes kerabat Johor menyerang kerabat Negeri Sembilan sehingga melibatkan kes culik, mencedera dan gaduh gempar tempat awam terkandung dalam akta rahsia negara?,” soal CheguBard.

Beliau berkata, jika Uncle Seekers menghina raja dan terkandung dalam undang-undang ia merupakan kesalahan maka beliau wajar dihadapkan ke mahkamah dan mendapat perbicaraan sewajarnya.

“Kita berharap pasukan polis dan Peguam Negara juga boleh bertindak sebegini serius khususnya dalam menangani laporan-laporan yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak seperti rasuah dan kehilangan wang negara,” ujar beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments