Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Mampukah produk M’sia bersaing dengan China?

 | July 6, 2012

Malah produk yang dahulunya teras negara kita kini sudah dimonopoli negara luar.

PETALING JAYA: Banyak kali kita mendengar bahawa produk tempatan gagal  bersaing di pasaran global. Bahkan banyak produk eksport kita yang ditolak. Sebahagian besar kerana mutu dan sebab lain pula kerana perlindungan negara berkenaan.

Bahkan di dalam negeri sendiri, produk tempatan harus bersaing sengit menghadapi gempuran produk China. Bermula dengan alat permainan, peralatan rumah, alat elektronik, alat elektrik, termasuk batik pun harus bersaing dengan produk China.

Sangat sukar untuk membendung kemasukan produk luar  ke negara kita di tengah globalisasi. Namun, yang mesti difikirkan adalah bagaimana agar daya saing produk tempatan boleh ditingkatkan.

Di tengah persaingan seperti ini sudah barang tentu kerajaan tidak boleh berdiam diri. Dalam apa keadaan apa sekalipun, kerajaan boleh melindungi produk tempatan. Di negara lain, jika produk tempatan terancam, kerajaan akan campur tangan. Mereka akan melakukan perlindungan kemasukan produk asing.

Saban tahun angka kemasukan barangan luar ke negara kita semakin meningkat. Malah produk yang dahulunya teras negara kita kini sudah dimonopoli negara luar.

Perlindungan dan kebijakan kerajaan diperlukan. Kerajaan harus mampu meningkatkan kembali daya saing produk tempatan baik untuk eksport mahupun untuk keperluan tempatan.

Produk tempatan harus kembali menjadi raja di negeri sendiri. Kempen utamakan barangan tempatan dan kini produk 1Malaysia mesti terus digalakkan. Jangan terlalu megah dengan produk import, jangan terlalu tertarik dengan produk China.

Pakaian buatan China kini melambak dan boleh ditemui di mana-mana, baik di pasar malam sehingga pasar raya.

Mengapa orang lebih berminat dengan produk luar terutama China?

Pertama harganya murah dengan reka bentuk  yang tidak kalah dengan fesyen moden dan digilai terutama anak-anak muda. Lebih penting, produk-produk ini boleh dibeli dengan mudah.

Kita semua masih ingat serbuan batik China. Negeri itu mampu mengeluarkan batik ala Malaysia dengan harga yang jauh lebih murah, kualiti cukup baik serta pengedaran yang cepat. Sudah barang tentu dengan keunggulan itulah produk mereka berleluasa di beberapa negara.

China boleh jadi contoh. Di Timur Tengah seperti Arab Saudi produk China sudah berjaya. Jika sebelumnya baju, tasbih, sejadah dan lain-lainnya dibekal  oleh negara Islam seperti Indonesia, tetapi sejak sedekad terakhir China lah yang memenangi pertandingan  itu.

Barangkali dalam tempoh beberapa tahun mendatang, daya saing produk tempatan semakin mengendur. Daya saing bukan sahaja diukur pada  produk, tetapi boleh juga diukur dengan keunggulan teknologi dan keunggulan pengeluaran. Jadi semua sektor memang harus diperhatikan.

Kita berharap kerajaan menggerakkan kekuatan nasional  membabitkan kalangan akademik dan perniagaan untuk memperbaiki daya saing. Jika semua kekuatan nasional boleh  bersepakat dan berkomitmen, bukan hal yang sukar, Malaysia akan unggul.

Bukankah Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020 – tinggal lapan tahun. Jika produk tempatan tidak mampu bersaing dari segi produk, bagaimana mungkin untuk menghadapi globalisasi yang semakin menggila.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments