Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Tender terus beli hamper tidak benar

 | July 6, 2012

Menteri Besar Selangor menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri membuat tawaran tender secara terus dalam pembelian hamper bernilai RM2 juta.

GOMBAK: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan pembelian hamper bernilai sehingga RM2 juta dibuat tanpa tender terbuka.

Abdul Khalid menjelaskan tender yang dibuat secara rundingan terus pada tahun 2008 dan 2009 melibatkan kontrak bernilai kurang dari RM50,000 dan peraturan ini sememangnya dibenarkan.

Namun sekiranya tender tersebut bernilai RM2 juta maka keputusan dibuat adalah melalui tender terbuka,” katanya ketika ditemui pada Program Khas Terima Kasih Rakyat di sini hari ini.

Beliau menerangkan pada 2008 dan 2009 ada keputusan dibuat melalui tender secara terus. Pada 2008 tender hamper dibuat berperingkat-peringkat ketika perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

“Jika tender membabitkan RM50,000 ke bawah perlu ada sebutharga tetapi untuk tender RM2 juta ia mesti dilakukan melalui tender terbuka,” katanya.

Tender beli hamper

Sebuah portal berita melaporkan bahawa kerajaan Selangor dituduh memberi tender itu sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka untuk membuat agihan kepada golongan miskin.

Sumber-sumber kerajaan Selangor memberitahu, tender hamper yang diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing bernilai RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta; melalui rundingan terus.

Exco bertanggungjawab iaitu Dr Xavier Jayakumar yang juga Ahli Dewan Negeri Sri Andalas, turut menafikan dakwaan tersebut.

Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dituduh memberi tender untuk membekalkan hamper hari raya bernilai sehingga RM2 juta sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka.

Agihan percuma hamper kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali dibuat atas daya usaha dan
kendalian Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, yang dipengerusikan Dr Xavier.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian beliau sama ada akan terus bertanding di Dun Ijok beliau sebaliknya memberikan komen selamat.

Beliau menegaskan kenyataan awal tidak akan dikeluarkan dan beliau akur dengan sebarang keputusan parti (PKR).

“Jangan umum awal nanti ada masalah, kalau Umno tengok calon, mereka akan gertak. Jika kita umum awal nanti ada yang kelam kabut.

Ada yang suka dan ada yang tidak suka, maka saya tidak boleh komen,” katanya.

Menteri Besar juga memberitahu bahawa beliau tidak menerima surat tunjuk sebab dari PKR mengenai Setiausaha Politiknya Faekah Husin.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments