Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Produk luar memang meragukan

 | July 7, 2012

PPIM mendakwa makanan sukar dipastikan halal, manakala barangan elektrik mempunyai cop Sirim sendiri.

PETALING JAYA: Barangan termasuk makanan yang diimport ke negara ini terdedah kepada penipuan dan pihak berkuasa Islam tidak mampu mengatasinya.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa, pihak berkuasa Islam terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) gagal mengesahkan sama ada makanan halal atau tidak.

“Tidak cukup kakitangan, tidak cukup penguatkuasaan. Untuk mengesahkan makanan dalam negara tidak boleh, bagaimana hendak memastikan produk dari luar negara.

“Kalau cukup penguatkuasaan, mana mungkin ada promosi arak oleh sebuah pasar raya di Seri Petaling” kata Setiausaha Agung, Datuk Nadzim Johan.

PPIM mencadangkan Jakim menghantar kakitangan ke negara yang mahu mengeksport makanan halal untut umat Islam Malaysia.

Katanya, jabatan itu boleh berkerjasama dengan persatuan-persatuan Islam di negara berkenaan supaya proses pengeluaran secara halal dipatuhi.

Cop Sirim sendiri

“Yang pasti kita tidak dapat mengesahkan sama ada produk yang dibawa masuk untuk orang Islam negara ini halal atau tidak.

“Kemasukan produk makanan ini semakin banyak, bagaimanakah kita mahu mengawalnya.

“Bagaimana Jakim mahu mengesahkan produk makanan keluaran negara China halal jika mereka tidak pergi memerika sendiri di negara tersebut?.

“Setahu saya pegawai-pegawainya tidak pergi keluar negara, bagaimana hendak tahu produk itu halal atau tidak.

Di negara-negara luar mereka ada kumpulan sendiri yang membuat logo halal ini,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Nadzim mendakwa, pihaknya mendapat aduan dari orang awam mengenai barangan elektrik luar negara yang diragui kualitinya.

Beliau berkata, cop kelulusan Sirim dipercayai dibuat sendiri berdasarkan penelitian yang dibuat hasil serbuan terhadap produk berkenaan.

“Maknanya, barangan yang tidak berkualiti dan diragui keasliannya berleluasa di pasaran tempatan dan ini membahayakan pengguna.

“Perkara ini mesti disekat segera,” tambah Nadzim.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments