Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PAS S’gor tolak debat dengan Hasan Ali

 | July 9, 2012

Tujuh pemidang mengenainya telah diturunkan di Meru.

SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan menyertai program debat bersama Presiden Persatuan Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali seperti diwar-warkan akan diadakan pada Rabu ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata tiada persetujuan untuk mengadakan debat  malah beliau mempersoalkan tindakan Hasan tersebut.

“Siapa dia (Hasan Ali) nak berdebat dengan kita? Nak berdebat maklumkan sebulan awal, beritahu tajuk apa nak debat. Kita banyak kerja nak buat..kalau nak berdebat kita hantar wakil iaitu Khalid Samad,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Rani mendakwa tindakan itu disusuli ekoran momentum rakyat terhadap sebarang program Hasan kini mulai menurun.

Maka tindakan mengadakan program debat tanpa persetujuan beliau disifatkan sebagai tidak profesional.

`Talian hayat Hasan’

“Hasan hantar undangan dua kali, tapi saya belum beri maklum balas. Hasan bila ditegur kata dia profesional, tetapi apa yang beliau lakukan tidak profesional. Kita bukan macam dia tidak turun padang pun. Di Meru ada ceramah kata ribuan, sekarang puluhan pun susah. Ada sampai dia buat ceramah orang tiada.

“Tindakan beliau ini tidak profesional dan hanya sebagai talian hayat untuk orang ramai datang,” dakwa beliau.

Abdul Rani merujuk kepada laman sosial twitter dan pemidang  yang dipasang di kawasan beliau -Meru- yang mengatakan akan diadakan debat antara Abdul Rani dan Hasan pada Rabu ini.

Beliau menjelaskan setakat ini tujuh pemidang  telah diturunkan di kawasan beliau.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid  Samad pula berkata, satu program perhimpunan Hijau akan diadakan pada 15 Julai di Stadium Kuala Selangor.

Program itu akan menyaksikan kemasukan bekas pegawai kanan kerajaan negeri sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah, yang mengumumkan menyertai PAS.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments