Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kempen boikot roti Gardenia ‘melampau’

 | July 9, 2012

Datuk Nadzim Johan berkata, kilang roti bukan milik Syed Mokhtar Al-Bukhary, sebaliknya syarikat Singapura.

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjelaskan pihaknya menentang kempen masyarakat Cina supaya memboikot roti Gardenia bimbang ia mencetuskan hubungan antara kaum di negara ini.

PPIM mendakwa kempen-kempen yang dibuat oleh masyarakat Cina itu ‘melampau’ kerana ia tidak berlandaskan fakta yang betul.

Setiausaha PPIM, Datuk Nadzim Johan mendakwa, pihaknya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan syarikat pengeluar milik Gardenia itu mahupun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Beliau mendakwa, masyarakat Cina masih melancarkan kempen di kalangan komuniti mereka supaya memboikot roti Gardenia atas alasan ia milik tokoh korporat Melayu itu.

Syed Mokhtar dikatakan orang Melayu terkaya di Malaysia itu turut memililiki kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan utama seperti Hicom, Bernas dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

Bagaimanapun, katanya Nadzim maklumat tersebut tidak betul kerana tokoh usahawan Melayu itu hanya mempunyai saham 30 peratus sahaja.

Saham 30 peratus

“Syarikat pemilik roti Gardenia ini masih dipegang orang Singapura. Semua mesyuarat dibuat di negara itu, Kalau hendak ‘sain’ (tanda tangan)  cek RM90,000 ke atas di buat di Singapura.

“Syed Mokhtar cuma beli saham 30 peratus sahaja. Mengapa mereka buat kempen melampau? Bisnes sudah menjadi politik.

“Apa akan jadi jika kami buat kempen roti Massimo itu pula tidak halal?,” katanya.

Nadzim juga mendakwa, dakwaan bahawa Syed Mokhtar tidak membeli tepung gandum dari kilang  milik Tan Sri Robert Kuok juga tidak betul.

Katanya, jutawan Cina itu telah memiliki permit yang dibenarkan (AP) untuk pengeluaran tepung gandum dan gula sejak 50  tahun lalu.

“Mereka juga mendapat subsidi RM80 juta setahun untuk tepung gandum, yang bagi kami ia tidak perlu disubsidikan,” tambahnya lagi.

Nadzim mendakwa, kempen masyarakat Cina memboikot roti Gardenia masih lagi berjalan.

“Kempen-kempen itu telah disebarkan oleh kaum Cina di forum dan blog mereka,” tambah beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments