Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Isu panggung wayang pisah jantina

 | July 10, 2012

Perbincangan lanjut mengenai hal itu akan dibawa kepada mesyuarat lembaga yang berkaitan.

Sekitar Dun Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan penangguhan terhadap keputusan peraturan berhubung isu pasangan Islam yang belum berkahwin diasingkan kerusi di dalam panggung wayang.

Exco negeri dan juga Adun Pandamaran Ronnie Liu berkata perbincangan lanjut mengenai hal itu akan dibawa kepada mesyuarat lembaga yang berkaitan.

Beliau menegaskan, kerajaan Selangor tidak menggalakkan sebarang polisi yang berunsur ‘double standard’ seperti perkara tersebut.

“Keputusan ini belum dibuat dan tidak dirujuk kepada negeri. Kita tidak dimaklumkan mengenainya sehingga laporan akhbar dikeluarkan.

“Saya telah minta Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor untuk menangguhkan peraturan itu dan bawa isu ini untuk perbincangan lanjut.

“Tiada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) lain selain Kuala Selangor yang ingin berbuat demikian. Saya menegaskan di Selangor kita tidak menggalakkan apa-apa polisi yang double standard,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

Akhbar China Press hari ini melaporkan panggung wayang di Kuala Selangor yang mahu memperbaharui lesen dimaklumkan perlu mematuhi peraturan pemisahan tempat duduk dalam panggung wayang mengikut jantina.

Sementara itu, Yap Ee Wah (MCA-Sungai Pelek) yang ditemui pula berkata cadangan peraturan itu adalah sesuatu yang fanatik.

“Malaysia penuh dengan kaum majmuk dan saling hormat menghormati orang lain. Cadangan itu fanatik dan tidak hormati orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita.

Merujuk perkara itu kepada Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, beliau menjelaskan keputusan peraturan itu mungkin bukan dari PAS.

“Panduan kami, apa yang nak dibuat, hendaklah dibincangkan bersama di peringkat negeri. Ia tidak dibawa dan dibincangkan ke peringkat negeri.

“Kalau keputusan itu hasil dari mesyuarat lembaga, ia mungkin bukan dari PAS. Kita akan maklumkan kepada pimpinan dan akan bincangkan perkara ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments