Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kebajikan pekerja Felda terabai

 | July 10, 2012

ANAK juga mendakwa gaji juga rendah serta masalah COLA.

PETALING JAYA: Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mendakwa kebajikan pekerja sawit Felda tidak terbela.

“Peneroka juga mengadu kepada saya gaji mereka rendah, selain membangkitan mengenai cuti tahunan dan elaun bantuan sara hidup (COLA).

“Mereka juga mengadu perkara ini telah diketengahkan kepada Kesatuan Pekerja Felda Palm Industries Sdn Bhd.

“Mereka turut membawa isu ini kepada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad namun tiada tindakan positif,” kata Persiden ANAK, Mazlan Aliman.

Menurut Mazlan, beliau mendapat maklumat mengenai perkara ini daripada pekerja-pekerja berkenaan yang datang sendiri bertemu beliau.

Beliau menambah, Felda mempunyai 70 kilang memproses sawit dengan sekurang-kurangnya 5, 000 pekerja di seluruh negara.

“Kroni Isa yang menjadi pegawai-pegawai eksekutif di Felda yang mendapat keuntungan dan senang lenang,” kata beliau lagi.

Menurut Mazlan lagi, beliau turut menerima aduan Felda Oil Product Sdn Bhd yang kini dikenali Felda Iffco Sdn mendakwa saham majoriti dikuasai syarikat asing.

Katanya, walaupun ANAK hanya sebuah NGO, setiap aduan diteliti dan di usahakan formula penyelesaian.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments