Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

NGO sambut ulangtahun memperingati Bersih 2.0

 | July 10, 2012

Mereka berarak dalam hujan lebat dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 peserta daripada beberapa badan bukann kerajaan (NGO) berkumpul di Dataran Merdeka sambil membawa lilin sebagai simbolik memperingati ulangtahun Perhimpunan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Walaupun hujan lebat, keadaan cuaca itu tidak mematahkan semangat kumpulan terbabit untuk berarak sejauh 2.3 kilometer daripada Dataran Merdeka sehingga ke Stadium Merdeka.

Berbaju dan berpayung kuning, kumpulan itu mula berjalan secara aman pada pukul 8.15 malam tadi menelusuri Jalan Tun Perak, Jalan Petaling, Jalan Hang Jebat, dan Jalan Changkat Stadium sebelum tiba dihadapan pintu masuk utama stadium pada pukul 9 malam.

Beberapa anggota polis juga kelihatan sepanjang perjalanan memerhatikan keadaan kumpulan itu berada dalam keadaan terkawal.

Setibanya di perkarangan stadium, kumpulan itu bertafakur seminit bagi memperingati peserta Bersih 2.0 yang meninggal dunia semasa mengikuti perhimpunan terbabit, allahyarham Baharuddin Ahmad.

Kemudian, beberapa pemimpin NGO termasuk anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, dan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram)  E Nalini tampil memberikan ucapan ringkas.

Maria Chin dalam ucapannya berkata perarakan itu merupakan satu kejayaan selepas cubaan Bersih 2.0 untuk berkumpul di Stadium Merdeka tahun lalu gagal apabila dihalang dengan sekatan polis.

Mereka kemudiannya bersurai pada pukul 9.25 malam selepas mengakhiri perhimpunan itu dengan nyanyian ‘selamat hari jadi Bersih’ dan ‘Negaraku’.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments