Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Papan tanda PM, Noh diroboh

 | July 10, 2012

kerajaan negeri mendapati ia melanggar peraturan dan tidak mendapat kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor.

FULL REPORT

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan merobohkan papan tanda yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang didirikan secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, tujuh papan tanda dapat dikesan dan hasil semakan, kerajaan negeri

mendapati ia melanggar peraturan dan tidak mendapat kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Sambil menyalahkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu dalam hal beliau berkata, Noh memang tidak tahu untung dan tidak sedar diri.

“Sudahlah dibina secara haram, reka bentuk dan keperluan lain pun gagal dipatuhi. Noh menjadikan Tanjung Karang umpama pekan koboi dengan melakukan apa sahaja tanpa merujuk kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Ujar Faekah, “mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini Perdana Menteri tentu malu apabila gambarnya terpampang pada papan tanda haram.

Menurut sumber, kerja-kerja perobohan itu akan dilakukan pada waktu terdekat. Papan-papan tanda itu didirikan tidak jauh dari bahu jalan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments