Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Khalil ‘Imam Mahadi’ bukan ahli PAS

 | July 11, 2012

Beliau juga berpindah ke Puchong ketika berusia 7 atau 8 tahun lalu.

PETALING JAYA: Khalil Afandi Abd Hamid yang mendakwa beliau “Imam Mahadi’ yang ditembak mati di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu bukan ahli PAS.

“Saya sudah periksa namanya, tidak ada dalam senarai ahli PAS Petaling Jaya Selatan,” kata Yang Dipertua PAS kawasan, Ghazali Shaari.

“Orang Taman Medan ramai yang tidak mengenali beliau jarang bercampur dengan orang ramai.

“Setahu saya, Khalil jarang ke masjid atau surau. Dia membawa diri sendiri,” kata Ghazali lagi.

Menurut Ghazali, Khalil berasal dari PJS 4 tetapi telah berpindah ke Puchong sejak berusia tujuh atau lapan tahun.

Katanya, rumah asalnya itu kini didiami oleh adik lelakinya.

“Kalau tidak salah ingatan saya, ibu Khalil telah meninggal dunia,” tambah Ghazali.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ghazali  memberitahu, tidak ada kumpulan ajaran sesat di Taman Medan.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penduduk setempat ada guru yang mengajar agama secara sembunyi di rumah pengikut kumpulan itu.

“Tetapi pengaruhnya tidak besar. Saya tidak tahu sama ada Khalil terbabit dengan kumpulan tersebut.

“Yang saya tahu beliau jarang datang ke masjid,” kata Ghazali yang juga Pengerusi Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.

Turut baca:

Jakim: ‘Imam Mahadi’ hadapi kecelaruan akidah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments