Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Harga rumah melambung ikut pasaran

 | July 12, 2012

Adun BN-Permatang Sulaiman Abdul Razak menyoal sama ada PKNS sebagai anak syarikat kerajaan negeri dapat membina projek perumahan mampu milik.

Sekitar Dun Selangor

SHAH ALAM: Trend kenaikan harga rumah di Selangor yang melambung tinggi khususnya projek perumahan yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus dikritik ahli dewan undangan negeri (Adun).

Menteri Besar dan juga Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKNS perlu bersaing dalam pasaran biasa khususnya di kalangan syarikat pemaju swasta bagi memastikan syarikat kerajaan negeri itu terus mencapai keuntungan.

Beliau yang mempertahankan kenaikan harga rumah oleh PKNS itu berkata, nilai projek hartanah yang dibangunkan terpaksa ditentukan oleh harga pasaran semasa.

“Bila kita bersaing dalam pasaran biasa, nilainya ditentukan oleh harga pasaran. Jadi adalah sangat penting untuk kita bersaing dengan harga pasaran.

“Mengapa syarikat swasta dapat menjual dengan harga tersebut (harga tinggi) dan PKNS tak dapat jual pada harga yang sama,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

Pulih projek terbengkalai

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang membangkitkan isu sama ada PKNS sebagai anak syarikat kerajaan negeri dapat membina projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor.

Abdul Khalid menekankan bahawa PKNS tidak menurunkan harga projek hartanah kerana yakin dengan kemampuan pembeli membeli rumah pada kadar harga pasaran.

“Keuntungan ini kita guna untuk bangunkan projek-projek membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki tanah.

“Sebagai contoh keuntungan PKNS kita salurkan kepada program pemulihan projek perumahan terbengkalai di Bukit Botak untuk tolong peneroka yang tak ada tanah dan rumah,” katanya yang juga Adun Ijok.

Sementara itu, Sulaiman yang ditemui diluar lobi mahu PKNS kembali kepada konsep untuk menyediakan rumah mampu milik kepada penduduk.

“PKNS kena timbang di Selangor para pekerja gaji berapa? Mereka kebanyakannya bekerja di kilang dan industri maka sepatutnya PKNS perlu ikut asas pertubuhan dengan beri rumah mampu milik kepada penduduk di Selangor,” katanya kepada pemberita.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments