Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pengundi Tmn Medan tolak Haniza, PKR

 | July 12, 2012

Bancian bebas menunjukkan mereka mahu PAS bertanding di kerusi tersebut.

PETALING JAYA: PAS mahu meletakkan calon di kerusi DUN Taman Medan yang kini diwakili PKR dengan alasan pengundi menolak parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

PAS menggunakan ukuran itu berdasarkan bancian bebas yang dibuat terhadap 800 pengundi bukan PAS di DUN Taman Medan.

Kerusi Taman Medan diwakili Timbalan Speaker kerajaan negeri Selangor, Haniza Talha yang menang dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon BN, Munaliza Hamzah dengan majoriti lebih 4, 000 undi.

Bagaimanapun, Yang DiPertua PAS Petaling Jaya Selatan, Ghazali Shaari parti itu mahu bertanding di DUN Taman Medan dalam pilihan raya umum kali ini kerana mendakwa pengundi telah menolak wakil rakyat PKR itu.

Katanya, bancian oleh sebuah syarikat bebas mendapati pengundi menolak Haniza serta calon PKR lain dalam PRU 13 kelak.

“Tinjauan  itu dibuat oleh sebuah syarikat bebas membabitkan 800 penduduk dan penyokong parti politik di Taman Medan tetapi tidak membabitkan penyokong dan ahli PAS.

“Dalam tinjauan tersebut, 85 peratus pengundi  India dan Cina mahu calon PAS. Manakala 35 peratus pengundi Melayu mahu calon PAS.
“Kira-kira 25 peratus sahaja pengundi Melayu mahu PKR,” kata Ghazali lagi.

Kerusi majoriti Melayu

Menurutnya, bancian itu dibuat bagi mengetahui sikap pengundi Taman Medan selepas pilihan raya umum 2008 dengan tidak membabitkan pengundi PAS.

Ghazali berkata, ada kira-kira 40, 000 pengundi di Taman Medan dan 60 peratus adalah pengundi Melayu.

“Hasil bancian itu menunjukkan pengundi Taman Medan akan menolak Haniza jika beliau bertanding sekali lagi dalam PRU 13.

“Mereka mahu calon PAS kerana kerusi Taman Medan merupakan kawasan tradisi parti Islam itu,” kata Ghazali lagi.

Pada pilihan raya umum 2004 berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan calon dari PKR, PAS dan  Umno.

Menurut Ghazali lagi, mesyuarat antara PKR dan PAS Petaling Jaya Selatan untuk menentukan parti mana bertanding menemui kegagalan.

Kata beliau, PKR berkeras mahu meletakkkan calonnya atas alasan parti itu menang dalam pilihan raya umum 2008.

“Saya telah menghantar laporan kepada PAS negeri, kini biarlah mereka membuat keputusan mengenai kerusi Taman Medan.

“PAS tidak setuju kerana pengundi telah menolak PKR, selain menegaskan kerusi Taman Medan adalah kersusi PAS.

“Jika rundingan peringkat atasan gagal, ia akan mengulangi pilihan raya 2004 di mana saingan tiga penjuru membabitkan calon PAS, PKR dan Umno,” katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments