Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Saya tidak terlibat pembinaan asrama KUIS, kata Khir Toyo

 | July 12, 2012

Adun BN Permatang, Sulaiman Abdul Razak menjelaskan beliau mendapat projek pembinaan asrama itu kerana kemampuan syarikatnya.

SHAH ALAM 11 JULAI :  Bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau tidak terbabit dengan urusan pembinaan asrama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bernilai RM 135 juta di Bangi.

Katanya, pembinaan asrama KUIS itu diurus sendiri oleh pentadbir universiti dengan syarikat berkenaan.

“Saya ingin menegaskan saya dan kerajaan negeri Selangor waktu itu tidak terlibat dan mencampuri urusan tersebut.

“Pembinaan asrama KUIS ini dibuat melalui konsep BOT iaitu Bina, Operasi dan Pindah,” kata beliau.

Manakala Adun BN Permatang, Sulaiman Abdul Razak menjelaskan beliau mendapat projek pembinaan asrama itu kerana kemampuan syarikatnya.

Katanya, beliau mendapat kontrak tersebut ketika belum menjadi ADUN dan perjanjian diteliti  Unit Perancangan Negeri (UPEN) dan pegawai Undang-Undang negeri.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan  kontrak itu diberikan kepada syarikat Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) milik Sulaiman untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi keperluan 6,000 pelajar KUIS.

RRSB dikuasai oleh Sulaiman  yang memiliki 51 peratus pegangan saham manakala isterinya memiliki enam peratus dan selebihnya dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd.

Rafizi juga mendakwa Dr Mohd Khir  juga menetapkan RRSB diberi konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS dengan kadar sewa RM15.4 juta setahun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments