Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Wang kertas siri baharu diedar Isnin

July 12, 2012

Teknologi baharu diperkenalkan bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

KUALA LUMPUR: Wang kertas siri baharu, yang akan berada dalam edaran mulai Isnin, dilengkapi dengan teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kata Bank Negara hari ini.

Teknologi baharu itu akan termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bertema “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaharu itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara, katanya.

Bank itu berkata mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan denominasi berlainan.

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

“Wang RM50 yang digunakan sekarang telah dikeluarkan semenjak Disember 2007 dan akan kekal dalam edaran,” katanya.

Bank Negara menggesa pihak berkaitan untuk mempercepatkan penentukuran mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai.

Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments