Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

K’jaan S’gor ubah status tanah?

July 13, 2012

Barisan Nasional Selangor mendakwa pelan asal pembangunan di satu kawasan di Putra Perdana, Puchong telah diubah baru-baru ini.

VIDEO INSIDE

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor perlu memberi penjelasan status tanah di satu kawasan di Putra Perdana, Puchong yang didakwa akan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian walaupun pelan asalnya adalah untuk pembinaan kompleks pendidikan.

Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ada kawasan di tanah tersebut penting untuk tujuan pembinaan sekolah rendah dan sekolah agama bagi penduduk kawasan Putra Perdana.

“Pelan asal pembangunan ini telah diubah baru-baru ini dan kami mahukan penjelasan berhubung perkara ini.

“Pelan asal adalah membina kompleks pendidikan berdekatan tanah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tanah tersebut hari ini.

Beliau difahamkan, kerajaan Selangor juga telah membeli empat plot tanah tersebut dari sebuah syarikat dengan harga RM87.7 juta walaupun 80 peratus tanah adalah di bawah air.

Mohd Zin turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri membazirkan wang sehingga terlebih bayar sebanyak RM57 juta dari harga asal dan pada pendapatnya, kesemua wang tersebut boleh digunakan untuk membina 2,500 unit rumah mesra rakyat golongan miskin dan memerlukan.

“Apakah motif sebenar pembelian tanah dari syarikat tersebut sehingga dinilaikan begitu tinggi untuk sebuah tasik yang perlu ditimbus sekiranya ingin dimajukan?” katanya.

Sementara itu Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana Rushdan Mohamed berkata terdapat aduan kepadatan murid sekolah sehingga melebihi kuota yang ditetapkan dan masalah ini boleh diatasi jika pembinaan kompleks pendidikan diteruskan.

“Kami akan buat laporan polis dan bawa perkara ini untuk perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments