Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Notis pengasingan kerusi ditampal 2 bulan lalu

 | July 13, 2012

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan berkata perkara itu akan dibincangkan semula dalam mesyuarat pada hujung bulan ini.

TANJONG KARANG: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menampal notis pengasingan kerusi mengikut jantina bagi pasangan Islam yang belum berkahwin di panggung wayang sejak dua bulan lalu.

Ini menunjukkan kerajaan negeri lewat memberi reaksi dalam isu ini memandangkan exco berkaitan, Ronnie Liu hanya mengeluarkan kenyataan berhubung hal ini ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), pada Selasa lalu.

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan berkata perkara itu akan dibincangkan semula dalam mesyuarat pada hujung bulan ini.

“Kerajaan negeri sedang menimbang perkara ini dan kita (MDKS) akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa perlesenan dan kemudian membentangkannya dalam mesyuarat penuh,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program khas Terima Kasih Rakyat bagi daerah Kuala Selangor, di sini hari ini.

Menurut beliau, oleh kerana perkara ini akan dibincang semula maka dari segi penguatkuasaan ianya tidak berlaku lagi.

MDKS katanya ada menerima aduan daripada penduduk tempatan khususnya yang berkeluarga berhubung kelakuan sumbang sesetengah anak muda di panggung wayang.

Menurut Noraini lagi, penduduk tempatan tidak mempunyai masalah dengan notis peringatan seperti itu.

Menerusi tinjauan FMT petang tadi, notis peringatan tidak lagi ditampal di kaunter pembelian tiket panggung wayang di One Plaza, Kuala Selangor.

Selasa lalu, kerajaan negeri mengarahkan penangguhan keputusan peraturan berhubung isu tersebut kerana perbincangan lanjut akan diadakan kemudian.

PAS Selangor dalam sidang media pada Rabu lalu menegaskan bahawa notis peringatan itu hanya dikuatkuasakan terhadap pasangan Islam dan tidak melibatkan pasangan bukan Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments