Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Azizan tidak hormati PAS dan Pakatan Rakyat

 | July 16, 2012

Menteri Besar ada polisi sendiri, PAS ada polisi sendiri.

PETALING JAYA: Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) tidak menghormati PAS dan Pakatan Rakyat yang membantah penyenaraian FGV.

Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan pembelian tersebut dengan alasan mengikut prosedur serta tidak ada kaitan dengan politik.

Unit saham tersebut adalah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Bagaimanapun, 50,000 unit telah dijual.

Seorang pemimpin PAS Kedah ketika dihubungi hari ini pembelian saham itu bertentangan dengan pendirian PAS Pusat yang menolak FGV.

Katanya, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pengerusi PKNK sepatutnya mengarahkan perbadanan tidak membeli unit saham tersebut.

Beliau sepatunya menghormati PAS Pusat dan NGO ANAK yang berjuang membantah penyenaraian FGV.

Sudut bisnes

“Dia (Azizan) tidak respect (hormat) polisi Pakatan Rakyat dan PAS sendiri,” kata pemimpin itu lagi.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khaled keputusan PKNK itu menunjukkan PAS telah mengiktiraf FGV.

“Menteri Besar ada polisi sendiri, PAS ada polisi sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, Azizan tidak mengutamakan sentimen PAS sebaliknya melihat dari sudut bisnes.

“Dia tengok FGV menguntungkan, dia pun beli.  Dia tidak kira pemimpin PAS lain,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments