Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Subra: Usaha terbaik untuk bekas pekerja PayComm

 | July 16, 2012

Kebanyakan tuntutan mereka sedang didengar di Mahkamah Perusahaan, kata Menteri Sumber Manusia.

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia sedang melakukan usaha terbaik untuk membela nasib pekerja syarikat PayComm yang dibuang kerja.

Usaha ini dibuat meskipun perkara ini telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik dan memberi gambaran bahawa kerajaan khususnya Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam tidak mengambil apa-apa tindakan dalam menyelesaikan masalah pekerja.

Menurut Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC seramai 238 bekas pekerja syarikat ini telah memfailkan tuntutan sebanyak RM4.9 juta untuk baki gaji untuk bulan Jun dan Julai 2010 serta bayaran faedah penamatan kerja di 21 Pejabat Tenaga Kerja.

Seramai 246 bekas pekerja Paycomm telah memilih untuk memfailkan kes mereka di bawah seksyen  20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk dipulihkan pekerjaan.

“Semua tuntutan tersebut telah dibicarakan dan perintah telah dikeluarkan supaya Paycomm membayar sebanyak RM2.9 juta untuk baki gaji bulan Jun dan Julai 2010 dan faedah penamatan kerja.

“Namun begitu Paycomm gagal membuat pembayaran disebabkan kedudukan syarikat sedang dalam proses penggulungan,” jelas beliau dalam satu kenyataan media ketika mengulas tindakan 300 pekerja PayComm yang mengadakan demonstrasi di Putra World Trade Centre pada hari Khamis yang lalu.

Demonstrasi 4 jam

Mereka telah mengadakan demonstrasi selama hampir empat jam.

Subramaniam menambah bahawa 122 dari 246 kes yang difailkan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan masih didengar di Mahkamah Perusahaan.

Subramaniam turut menjelaskan usaha Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan keadilan demi bekas pekerja PayComm.

“Jabatan Tenaga Kerja juga telah memfailkan 18 kes  pendakwaan di mahkamah  sivil di seluruh negara.

“Pada masa yang sama Jabatan telah mengkaji kes ini untuk diambil tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007,” kata Subramaniam.

Beliau turut mengulas mengenai janji yang diberi kepada bekas pekerja PayComm di dalam pertemuan dengan mereka pada 2 April.

“Saya telah menyatakan bahawa sekiranya dakwaan bahawa pemegang syer tunggal Paycomm juga terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah berasas, maka saya akan cuba berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan bergantung kepada siasatan lanjut dan hasil perbincangan dengan semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kewangan,” kata Subramaniam.

Lihat juga:

Keep to your word, minister told


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments