Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS: Penamatan khidmat Abu Bakar bersifat politik?

 | July 16, 2012

Mahfuz mendesak Najib menjelaskan isu itu bagi mengelak kegelisahan dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan segera isu penamatan bekas Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Mahfuz berkata demikian dalam surat kepada Perdana Menteri yang diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen tengahari tadi.

Bercakap dalam sidang media, pemimpin PAS itu mendakwa bekas Abu Bakar yang dihentikan khidmatnya tanpa sebarang alasan mungkin disebabkan wujudnya tekanan politik.

Dakwanya, penamatan khidmat Abu Bakar itu sebagai satu cubaan untuk mengembalikan semula keyakinan persepsi anggota perkhidmatan awam terhadap kerajaan.

Ini kerana menurut Mahfuz, individu yang bertanggungjawab menandatangani surat tamat perkhidmatan Abu Bakar itu adalah Perdana Menteri dan bukannya Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan mengikut Peraturan 49 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Peraturan itu membolehkan seseorang pegawai perkhidmatan awam diberhentikan serta-merta tanpa merujuk kepada jawatankuasa tatatertib atas kepentingan awam.

Beliau mendakwa, disebabkan penamatan di bawah Peraturan 49 itu juga Abu Bakar hanya mendapat 10 peratus daripada jumlah gaji pencen yang sepatutnya beliau peroleh atau mungkin tidak dapat langsung.

`Yes Man’ kepada PM

“Perdana Menteri perlu menjelaskan apakah kesalahan jenayah keselamatan yang menjejaskan kepentingan awam yang dilakukan Abu Bakar.

“Kalau ia satu rekaan semata-mata untuk menamatkan perkhidmatan beliau daripada isu kedudukan pegawai perkhidmatan awam yang tak bersedia menjadi “Yes Man” kepada Perdana Menteri maka saya anggap ia sangat malang kerana beliau menjadi ‘kambing hitam’ kepada isu berbangkit sebelum ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari
ini.

Abu Bakar ditamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa 1 Julai lalu selepas37 tahun berkhidmat dalam sektor awam dan memegang jawatan tersebut sejak tahun 2010.

Dipetik laporan Berita Harian, Abu Bakar dalam responnya terkejut dan sedih kerana khidmatnya ditamatkan lebih awal, dan bukannya bersara.

Mahfuz berkata, perkara itu juga mungkin ada kaitan dengan pelantikan Dr Ali Hamsa menggantikan Tan Sri Sidek Hassan yang tamat kontraknya 23 Jun lalu.

Katanya, Abu Bakar yang memegang Gred Turus 2 adalah individu paling layak memegang jawatan KSN berbanding Dr AliĀ  yang hanya memegang jawatan Ketua Pengarah Unit Kerajaan dan Swasta di Jabatan Perdana Menteri bergred Turus 3.

“Penamatan khidmat Abu Bakar serta pelantikan KSN yang baru tidak melalui proses rundingan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Pelantikan Ali yang memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong perlu dilakukan dengan berhemah demi kepentingan negara dan bukannya kepentingan peribadi atau politik mana-mana pihak,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments