Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Hak kanak-kanak: Usaha songsangkan Himpunan Oren

 | July 17, 2012

Mazlan Aliman berkata, Isu utama ialah bantahan penyenaraian Syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman menyifatkan usaha sebilangan penulis blog yang mengungkitkan isu hak asasi kanak-kanak dalam Himpunan Oren sebagai usaha menyongsangkan dari tujuan asal.

“Isu hak asasi kanak-kanak sengaja ditimbulkan untuk melarikan diri dari isu sebenar,” kata Mazlan yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Johor dan AJK PAS Pusat.

Beliau mengulas tindakan penulis blog Pedas Berapi dalam artikel bertajuk Perisai Oren mendakwa bahawa peserta Himpunan Oren pada hari Sabtu lalu menyalahgunakan anak-anak mereka sebagai perisai sekiranya himpunan diganggu pihak berkuasa.

“Masa depan meraka diperkotak-katikkan oleh ibubapa yang mereka yang hanya mengikut telunjuk sekumpulan pemimpin PAS dan Gerakan Selamatkan  Felda.

“Kanak-kanak ini sebenarnya tidak tahu apa yang ibu bapa mereka perjuangkan.

Penulis blog tersebut turut menyeru NGO hak asasi manusia dan pihak berkuasa bertindak ke atas ibu bapa berkenaan kerana melanggar hak asasi kanak-kanak dan Akta Kanak-kanak.

Mazlan menambah bahawa beliau tidak mahu diheret ke dalam perbincangan akta dan hak asasi manusia kerana kerana ia bukan isu utama.

“Isu utama ialah bantahan penyenaraian Syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad,” kata Mazlan.

Beliau memberitahu FMT bahawa perhimpunan Oren yang dilaksanakan dengan kerjasama polis.

“Pihak istana juga telah menerima memorandum kami,” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments