Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

KJ: Umno tidak takutkan rakyat untuk raih undi

 | July 17, 2012

Bagaimanapun, PAS menuduh parti itu menyalahgunakan Islam untuk pilihan raya.

PETALING JAYA: PAS dan Umno saling menuding jari serta mendakwa lawan menggunakan agama Islam untuk kuasa politik.

Dua parti politik Melayu terbesar itu sudah lama terperangkap dengan isu agama Islam dalam pendirian politik untuk mendapat sokongan terutama di kalangan orang Melayu.

Bagaimanapun, Umno kelihatan lebih terbuka dengan mengemukakan konsep pembangunan seimbang.

“Umno tidak menakutkan rakyat untuk raih undi. Kita mendapatkan sokongan segenap lapisan masyarakat menerusi rancangan transformasi ekonomi dan reformasi,bukannya dengan menakutkan masyarakat,” kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, tambah Khairy, kerajaan BN pimpinan Umno akan menyekat apa sahaja elemen yang menyinggung  sensitiviti rakyat.

Ketua Pemuda Umno berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Los Angeles Times pada Jumaat lalu yang mendakwa bahawa Umno menggunakan Islam untuk meningkatkan sokongan politik Melayu dan meminggirkan sokongan bukan Melayu.

Ini dapat dilihat menerusi tindakan kerajaan BN dalam beberapa kes sejak kebelakangan ini.Kes pengharaman Festival Seksualiti Merdeka, pembatalan konsert Erykah Badu setelah posternya dengan tatu kalimah Allah disiarkan dan terbaru ialah pengharaman buku Allah Kebebasan dan Cinta oleh Irshad Manji adalah di antara contoh kes yang telah berlaku.

Khairy  menolak dakwaan bahawa pembatalan dan pengharaman yang disenaraikan dalam laporan akhbar Amerika  memberi penekanan kepada nilai -nilai Islam sama sekali.

“Kes – kes yang disebutkan itu tidak bersifat politik. Pengharaman dan pembatalan tidak dibuat dengan tujuan politik. Ia mengambil kira sensitiviti umat Islam,” kata Khairy lagi.

Sebaliknya Khairy membidas PAS yang menggunakan agama dalam politik.

`Umno guna Islam untuk pilihan raya’

“Ia (kempen berteraskan agama) bukan gaya kita tapi mereka buat. Apa yang mereka kata kepada DAP bertentangan dengan apa yang diberitahu penyokong mereka.

“Pendek kata, apa yang PAS kata buat dan percaya bercanggah sama sekali,” kata Khairy.

Manakala, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed menempelak penyalahgunaan Islam oleh Umno sebagaimana dilaporkan akhbar Los Angeles Times.

“Kalau Umno menyalahgunakan Islam untuk pilihan raya umum saja, ia tak ikhlas.

“Mereka tak serius dalam pelaksanaan Islam,” kata Mahfodz.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan ahli Majlis Syura PAS Pusat menyifatkan usaha Umno itu bagaikan ada udang di sebalik batu.

Mahfodz mengakui PAS menggunakan Islam dalam semua aspek tetapi berbeza dari Umno.

“Matlamat dan niat kami berbeza (dari Umno).

“Kalau benar Umno nak pertahankan Islam, tak perlulah dua parti,” kata beliau dengan merujuk kepada PAS dan Umno.

Mahfodz ketika ditanya mengenai kedudukan masyarakat bukan Melayu dalam konteks pertandingan untuk menunjukkan keIslaman parti masing-masing.

“Kita takkan mengkhianati persefahaman dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Lihat juga:

Laporan Los Angeles Times


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments