Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Mengapa tiada tindakan terhadap Time Dot Com?

 | July 17, 2012

Wakil pekerja PayComm Norma Taharim menyoal ketiadaan tindakan pihak Kementerian Sumber Manusia terhadap Time Dot Com.

PETALING JAYA: Wakil bekas pekerja PayComm Norma Taharim mempertikai  tindakan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam yang langsung tidak mengambil tindakan terhadap syarikat Time Dot Com.

“Mengapa Time Dot Com langsung tak disebut oleh beliau. Syarikat Time Dot Com cuba disembunyikan.

“Terdapat konspirasi untuk gulingkan PayComm,” kata Norma ketika mengulas kenyataan Subramaniam.

Semalam Subramaniam yang juga timbalan presiden MIC dalam satu kenyataan media berkata bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang melakukan usaha terbaik untuk membela nasib pekerja syarikat PayComm yang dibuang kerja.

Menurutnya, seramai 238 bekas pekerja syarikat ini telah memfailkan tuntutan sebanyak RM4.9 juta untuk baki gaji untuk bulan Jun dan Julai 2010 serta bayaran faedah penamatan kerja di 21 Pejabat Tenaga Kerja.

Seramai 246 bekas pekerja Paycomm telah memilih untuk memfailkan kes mereka di bawah seksyen  20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk dipulihkan pekerjaan.

Paycomm diperintah bayar RM2.9 juta

“Semua tuntutan tersebut telah dibicarakan dan perintah telah dikeluarkan supaya Paycomm membayar sebanyak RM2.9 juta untuk baki gaji bulan Jun dan Julai 2010 dan faedah penamatan kerja.

“Namun begitu Paycomm gagal membuat pembayaran disebabkan kedudukan syarikat sedang dalam proses penggulungan,” jelas beliau dalam satu kenyataan media ketika mengulas tindakan 300 pekerja PayComm yang mengadakan demonstrasi di Putra World Trade Centre pada hari Khamis yang lalu.

Norma menambah bahawa syarikat Time Dot Com perlu diambil tindakan kerana pemindahan pekerja secara tidak sah dari syarikat tersebut ke PayComm.

“Kita minta Time Dot Com turut disabitkan kerana penjualan tidak sah kepada PayComm.

“Para pekerja tidak diberi pilihan langsung. Tiada yang dapat skim pemisahan sukarela… Kita juga tidak menerima surat rasmi berkenaan pertukaran dari Time Dot Com,” kata Norma.

Sementara itu timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy menolak dakwaan bahawa isu pekerja ini dipolitikkan kerana beliau hanya memperjuangkan isu hak pekerja.

Lihat juga:

Subra: Usaha terbaik untuk bekas pekerja PayComm


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments