Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemimpin Umno selar Mahfuz

 | July 17, 2012

Beliau mencari jalan untuk meruntuhkan rumah tangga orang. Taktik ini taktik komunis, taktik jahat, kata Ketua Umno Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian.

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin Umno mendakwa, PAS sengaja melaga-lagakan hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAS berbuat demikian kerana parti itu sudah kehabisan modal politik untuk meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, kata mereka.

“Inilah parti politik yang menghalalkan cara, bagi mereka membuat fitnah dan adu domba sebagai satu ajaran dalam perjuangan mereka.
“Semakin dekat PRU, semakin banyak fitnah dan adu domba dan terbaru cuba melaga-lagakan Najib dengan Muhyiddin,” tegas Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhasbsee.

Beliau mengulas dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa kenyataan Muhyiddin bahawa pilihan raya boleh diadakan tahun ini, menampakkan beliau tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.

Mahfuz berkata demikian dalam sidang media yang diadakannya di pejabat agung PAS di Kuala Lumpur petang semalam.

Manakala Ketua Umno Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian berkata, kenyataan Mahfuz itu merupakan satu provokasi PAS terhadap Umno.

“Apa fasal beliau (Mahfuz) mencampuri urusan Umno,?” tanya beliau.

“Beliau mencari jalan untuk meruntuhkan rumah tangga orang. Taktik ini taktik komunis, taktik jahat.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments