Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

200 penghuni rumah panjang sertai PBB

 | July 18, 2012

Penduduk luar bandar kini menyedari dan menghargai komitmen kerajaan BN membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

SIBU: Seramai 200 penghuni rumah panjang di kawasan Nanga Merit dan Metah (Pala Wong) diterima menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri.

Ketua PBB Ranting Pala Wong, George Tang dan Timbalan beliau, Jeffery Ngkarong mewakili kesemua pemohon menyerahkan borang permohonan itu pada satu majlis ringkas di Hotel Beligai, Kapit.

Ahli Parlimen Kapit merangkap Ketua PBB Cawangan Pelagus dan Bahagian Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi menerima borang permohonan menjadi ahli PBB itu bagi pihak parti.

Penyelia Kanan KEMAS Kapit, Ambrose Abong Bugek, Penghulu Uga Esop dan pembantu peribadi dan penjaga pusat perkhidmatan Datuk Alexander Nanta di Kapit, Alexson Nila Abong hadir pada majlis penyerahan borang menjadi ahli PBB itu.

Berucap pada majlis itu, Alexander Nanta yang mengalu-alukan langkah penghuni rumah panjang di kawasan Pala Wong memohon untuk menjadi ahli PBB berkata, penduduk luar bandar kini menyedari dan menghargai komitmen kerajaan BN membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

“Bagi memastikan semua program pembangunan kerajaan berjalan lancar adalah penting bagi semua lapisan masyarakat memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan BN,” katanya.

Beliau yang mengucap terima kasih kepada penduduk di Kapit kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN berkata, sokongan padu penduduk akan membolehkan kerajaan melaksanakan lebih banyak program pembangunan untuk faedah mereka.

“Hakikatnya semua projek pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan adalah untuk faedah rakyat dan sebagai tanda menghargai sokongan mereka kepada kerjaaan BN selama ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments