Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kumpulan profesional pantau air S’gor

 | July 18, 2012

Syabas gagal memberi penjelasan terperinci yang memuaskan berhubung beberapa isu.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi memantau keadaan semasa air terawat di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kumpulan profesional itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaruzaman.

Antara yang turut serta dalam kumpulan itu termasuklah Pengarah Konsortium ABASS Ir Abas Abdullah; Pengurus Besar Pengurusan Air Kumpulan Perangsang Selangor (KPS), Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan KPS, Kevin Lee.

Menurut Abdul Khalid, kumpulan profesional itu dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci yang memuaskan berhubung beberapa isu ketika taklimat diberi kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pagi tadi.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasrat mereka untuk mengambil alih pengurusan Syabas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Surat itu akan dihantar oleh para exco kerajaan negeri esok secara peribadi di ibu pejabat menteri terbabit di Putrajaya.

“Ahli exco Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ke Putrajaya esok secara peribadi kerana kerajaan negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kita harap Syabas dan Kerajaan Pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutama kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Ketika ditanya mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin agar kerajaan negeri menghantar pelan dan rancangan untuk langkah pengambilalihan tersebut, Abdul Khalid menegaskan kerajaan negeri mempunyai kebolehan dalam perkara ini.

“Dalam pelan tidak dinyatakan perkara itu. Kita ada kebolehan untuk ambil alih, ini operasi pengurusan air,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments