Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pejabat Menteri Besar tidak boleh minta balak

 | July 18, 2012

Bagaimanapun, Perbadanan Menteri Besar, sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah kerajaan negeri boleh memohon kawasan balak.

PETALING JAYA: Kedah tidak boleh menebang balak sesuka hati kerana terikat dengan kuota Kementerian Teknologi, Air dan Alam Sekitar, kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Noor.

Beliau berkata, untuk tahun 2012 kuota penebangan balak bagi negeri Kedah ialah seluas 2,340 hektar.

“Bukan boleh sebat (tebang) sesuka hati…negeri Kedah kan ada undang-undang juga,” kata beliau lagi.

Mohamad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengula laporan sebuah akhbar tempatan bahawa kawasan balak baru di Jeniang akan ditebang dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Menurut laporan akhbar itu, kebanyakan balak yang akan ditebang itu berusia lebih 50 tahun.

`Persepsi negatif’

“Pasal usia 50 tahun itu munasabah lah (kerana) kitaran balak untuk diusaha hasil ialah 30-50 tahun,” tambahnya.

Mohamad Sanusi berkata,  pejabat Menteri Besar Kedah tidak boleh meminta kawasan balak untuk diusahakan.

Sebaliknya, kata beliau Perbadanan Menteri Besar (MBI) iaitu sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah kerajaan negeri boleh memohon kawasan balak.

“Kedah Agro iaitu sebuah anak syarikat MBI sedang melaksanakan projek ladang rakyat seperti yang dibuat di Kelantan.

“Mana-mana tanah kerajaan atau hutan simpan yang berpotensi untuk tanaman getah memang termasuk dalam senarai cadangan itu.

“Jangan samakan pejabat Menteri Besar dengan MBI. Ini semua untuk timbulkan persepsi negatif kepada PAS dan balak,” katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments