Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘PKNK tidak salah beli saham FGVH’

 | July 18, 2012

Setiausaha Akhbar MB berkata, PKNK tidak terikat dengan PAS.

PETALING JAYA: Dari segi perniagaan tidak salah untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli 500, 000 unit saham Felda Global Ventures Holding (FGVH), kata seorang pegawai kanan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Setiausaha Politik Menteri Besar Mohamad Sanusi Md Noor berkata, “dari segi undang-undang, dari segi perniagaan tidak ada kesalahan.”

“Ia cuma salah dari segi politik,” kata beliau ketika dihubungi.

Mohamad Sanusi menegaskan pendirian  PAS  yang memerintah Kedah  ialah tidak mengikat pentadbiran awam.

“Ini bermakna PKNK tidak terikat dengan parti (PAS) yang memerintah Kedah. Malah, kerajaan negeri tidak terikat dengan PAS.

“Yang terikat dengan PAS ialah Menteri Besar, Exco dan wakil-wakil rakyat PAS. GLC (PKNK) bukan politik,” katanya.

NGO PAS bantah

Mohamad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKNK membeli 500, 000 unit saham FGVH walaupun PAS menentang penyenaraiannya.

Sebuah NGO pimpinan PAS iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendesak PKNK menjual semua saham FGVH tersebut.

Menurut Mohamad Sanusi lagi, Menteri Besar sudah mengetahui pembelian ini kira-kira sebulan lalu selepas dibentangkan dalam mesyuarat PKNK.

Berikutan itu, beliau mengarahkan semua unit saham tersebut dijual semula.

Isu ini menjadi kontroversi apabila  Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim menegsahkan perbadanan itu telah membeli 500, 000 unit saham FGVH dengan harga RM4,55 seuniit yang ditawarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika saham syarikat itu mula diapungkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments