Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PKR bincang kedudukan Latheefa

 | July 18, 2012

Perkara ini akan dibincangkan di peringkat parti tersebut.

SHAH ALAM: Keputusan perletakan jawatan Latheefa Koya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perkara ini akan dibincangkan di peringkat parti tersebut.

“Perkara ini adalah hal parti kerana pemilihan beliau (Latheefa) sebagai ahli majlis berdasarkan penglibatan parti dalam Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS),” katanya ketika ditanya pemberita berhubung hal tersebut.

Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar ketika ditemui berkata, keputusan itu diserahkan kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

“Sehingga hari ini kita masih belum menerima surat perletakan jawatan tersebut. Kita serah pada MPN dan MPP untuk buat keputusan mengenai Latheefa,” katanya.

Latheefa pada Isnin lalu turut menghantar faks kepada FMT berhubung perletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis MBPJ.

FMT sebelum ini melaporkan bahawa satu mesyuarat turut membincangkan tentang pemecatan Latheefa itu akan diadakan, namun keputusan muktamad belum dibuat.

Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Besar ketika ditemui para pemberita di satu majlis di Tanjong Karang pada Jumaat lalu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments