Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemimpin Iban bersekongkol dengan SWP

 | July 20, 2012

Ini menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan penduduk Dayak di kawasan luar bandar Parlimen Lubok Antu.

ENGKILILI: Tindakan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) kaum Iban yang dilihat bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk memecah-belahkan berpaduan penduduk di kawasan luar bandar Parlimen Lubok Antu amat dikesali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa meluahkan perkara ini ketika berucap pada Majlis Merarau di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entalau, Ulu Skrang, Engkilili kelmarin.

Beliau mendakwa bahawa bekas pemimpin Iban terbabit iaitu Jawah Gerang telah bersekongkol dengan pihak Parti Pekerja Sarawak (SWP) untuk mencaci para pemimpin BN ketika berkempen di Lubok Antu sebelum ini.

“Tindakan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu bersama SWP itu telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan penduduk Dayak di kawasan luar bandar Parlimen Lubok Antu dewasa ini.

“Tindakan tersebut tidak wajar memandangkan sebagai bekas pemimpin Iban, Jawah sepatutnya membantu kerajaan membangunkan taraf hidup penduduk Dayak di situ dan bukannya meruntuhkan ikatan perpaduan di antara mereka,” katanya.

Selain itu, Rayong juga mengingatkan Jawah bahawa SWP telah mempergunakan dirinya untuk kepentingan politik parti pembangkang itu sendiri dan bukannya demi pembangunan hidup penduduk Lubok Antu.

Justeru beliau meminta Jawah agar berhenti bertindak demikian dan seterusnya bersama-sama kerajaan BN untuk membangunkan kehidupan penduduk di kawasan Parlimen Lubok Antu selepas ini.

Terdahulu majlis merarau ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak sambil disaksikan oleh Guru Besar SK Nanga Entalau iaitu Ismail Sili dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah terbabit, Tr Belli Rabong.

Nyalau menerusi majlis berkenaan turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada PIBG SK Nanga Entalau bagi tujuan kegunaan mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments