Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Sewa kelab Syabas naik hampir 4 kali ganda

 | July 20, 2012

Setelah Sepang Mekar mengambilalih pengurusan dari MBPJ tahun lalu.

PETALING JAYA: Penyewa premis di Kelab Syabas di Seksyen 8 mendakwa sejak pentadbiran dan pengurusan diambil alih oleh  Sepang Mekar Sdn Bhd sewa bulanan telah meningkat sehingga hampir empat kali ganda.

Sebelum ini, premis tersebut dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

MBPJ telah berjanji untuk mengekalkan kadar sewa PJ Palm Court Sports Center nama baru Kelab Syabas seperti dalam perjanjian dengan Sepang Mekar.

Tetapi para penyewa mendakwa kadar sewa telah dinaikkan setelah diambil alih oleh Sepang Mekar.

Seorang penyewa permis yang enggan dikenali mendakwa sewa premis telah dinaikkan sejak kolam yang terbiar di pusat rekreasi itu dibaikpulih tahun  lalu.

“Kadar sewa yang dinaikkan amat tidak berpatutan, jika hanya dua kali ganda, mungkin kami masih boleh menerimanya, tetapi sewa dinaikkan sehingga empat kali ganda.

“Ia sangat membebankan kami,” katanya ketika ditemui.

Bil elektrik tidak ikut TNB

Selain kadar sewa yang membebankan penyewa, takrif elektrik juga telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan bukan mengikut takrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti di bawah pengurusan MBPJ sebelum ini.

Pihak pengurusan yang ditemui pula menegaskan, kadar sewa  dinaikkan adalah berpatutan kerana bukan hanya kolam renang sahaja yang telah dibaikpulih, tetapi semua kemudahan di kompleks itu telah dinaiktaraf bagi keselesaan pengunjung.

“Sebelum kemudahan ini dinaiktaraf, keadaannya amat menyedihkan. Terutamanya kolam renang yang terbiar kering begitu sahaja sehingga terdapat ular dan katak di dalam kolam itu,”

“Setelah dibaikpulih, pengunjung dapat menikmati kemudahan yang selesa, dan ia akan menarik pengunjung ke premis mereka, maka kenaikkan kadar sewa itu adalah berpatutan,” katanya.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin pelantikan  Sepang Mekar untuk mengambilalih dan membangunkan semula kolam tersebut menjadi punca perletakan jawatan ahli PKR Latheefa Koya sebagai ahli majlis MBPJ.

Pemimpin muda PKR itu dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai ahli majlis MBPJ awal minggu ini.

Perjanjian antara Sepang Mekar and MBPJ  telah dikaitkan dengan Datuk Bandar  Roslan Sakiman, Setiausaha MBPJ Puasa Md Taib dan Latheefa dua tahun lalu.

Raja Petra mendakwa pada tahun lalu ADUN DAP Bukit Gasing, Edward Lee telah mempersoalkan Latheefa mengendalikan perkara itu.

Read more:

RPK reveals why Latheefa quit


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments