Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Selangor mahu pecat Pengerusi Syabas

July 21, 2012

Kerajaan negeri memberi alasan pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi RM5.1 juta setahun.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor akan membuat cadangan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk memecat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail.

Kerajaan negeri memberi alasan pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi dari gaji Pengerusi Eksekutif Syabas  berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

Pemecatan tersebut merupakan hasil penelitian dan cadangan jawatankuasa pemantauan Syabas yang ditubuhkan kerajaan negeri, kata Menteri Besar dalam satu kenyataan media.

Jawatan itu dipengerusikan oleh  Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh Syabas.

Abdul Khalid berkata, jawatankuasa ini  memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan Syabas dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh syarikat itu.

Jawatankuasa ini kata beliau akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi.

Berikutan itu, Syabas telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:-

Pengeluaran air harian

Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;

Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari  2012 hingga sekarang;

Unjuran permintaan air yang disediakan oleh Syabas;

Maklumat mengenai paras kolam utama (balancing reservoir – terminal reservoir -service reservoir).

Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;

Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW

Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air

Pelan tindakan kecemasan yang disediakan oleh pihak Syabas.

Projek Mitigasi 2

Abdul Khalid berkata, berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, Kerajaan Negeri Selangor merumuskan bahawa:

Kerajaan Negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina Loji Rawatan Air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan  dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

“Langkah yang diambil Kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan Syabas membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

“Kerajaan Selangor yakin kerajaan Persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat, kata Abdul Khalid lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments