Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tuduhan komunis kaedah Perang Dingin yang gagal

 | July 21, 2012

Ramai tidak akan mengambil peduli kenyataan sebegini., kata PSM.

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN dengan menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

“Mereka menggunakan kaedah Perang Dingin untuk menyemai rasa takut tapi kaedah ini tidak berkesan kerana ia telah pun digunakan dulu,” kata Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan.

Bagaimanapun beliau yakin kenyataan sebegini tidak akan memberi kesan.

“Ia langsung tidak masuk akal. Ramai tidak akan mengambil peduli kenyataan sebegini.

Beliau mengulas kenyataan Sofian yang mendedahkan bahawa risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Laporan Bernama yang diterbitkan kelmarin turut melaporkan Sofian sebagai berkata bahawa Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Sofian turut menyatakan bahawa beberapa pemimpin PSM dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand dan dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

Merujuk kepada kes EO6 tahun lepas di mana enam ahli PSM ditahan di bawah Ordinan Darurat, beliau berkata: “Kami menghadapi pelbagai tuduhan dari memerangi Yang Di-Pertuan Agung sehingga tuduhan percubaan mengebom balai polis Sungai Siput.

Momokan

“Satu tuduhan pun tidak berjaya dibuktikan malah sekarang pihak kerajaan mempertahankan diri selepas PSM menyaman polis dan kerajaan.”

Arutchelvan menyatakan bahawa Umno/BN turut terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

“Mereka lancarkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  tapi tak berjaya.

“Jadi mereka gunakan pihak polis untuk mewujudkan suasana takut dan sekaligus meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN,” kata Arutchelvan.

Beliau turut membidas kaedah kerajaan menggunakan komunis sebagai momokan.

“Sepatutnya Umno menjelaskan kepada rakyat hubungan mereka dengan Parti Komunis China, Parti Komunis Vietnam dan Parti Komunis Cuba,” kata beliau sambil merujuk kepada kehadiran perwakilan parti tersebut di sidang perhimpunan agung Umno.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments