Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa ‘naik angin’

 | July 23, 2012

DBKL seperti menindas peniaga Melayu sedangkan warga asing diberi kelonggaran berniaga dengan bebas di pasar borong tempatan dan di Jalan Chow Kit.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa hari ini berang dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan meluluskan tapak perniagaan atas alasan mengganggu lalu lintas.

Wujud kira-kira 15 tahun lalu, DBKL pada tahun ini tidak lagi membenarkan bazar itu dibuka di Jalan Setiawangsa 9, malah tidak pula menyediakan tapak alternatif untuk peniaga terbabit.

Keadaan itu menyebabkan peniaga bingung dengan tindakan DBKL yang turut menghalang mereka membuka gerai walaupun memiliki lesen sah.

Peniaga terbabit mula memasang khemah gerai sejak 2.30 petang tadi di sebuah kawasan lapang milik persendirian di Jalan Setiawangsa 13 dalam keadaan sempit dan tidak selesa.

Cuba rampas meja

Keadaan menjadi tegang apabila pegawai DBKL mula cuba merampas meja peniaga namun dihalang selain menghadapi beberapa provokasi daripada kumpulan peniaga.

Difahamkan, ketegangan ini sudah berlarutan sejak tiga hari lalu apabila peniaga dan DBKL gagal mencapai kata sepakat mengenai tapak sebenar bazar Setiawangsa.

Peniaga lauk-pauk, Sulaiman Mahmud berkata, beliau kesal kerana DBKL seperti menindas peniaga Melayu sedangkan warga asing diberi kelonggaran berniaga dengan bebas di pasar borong tempatan dan di Jalan Chow Kit.

Beliau berkata, masalah ini terjadi disebabkan wujudnya ‘orang atas’ yang berpengaruh di Taman Setiawangsa yang mengadu tidak selesa dengan bazaar tersebut dan mempengaruhi DBKL supaya tidak membenarkan lagi tapak bazar itu wujud.

“Selama ini kami tidak ada masalah dengan penduduk malah orang ramai berpusu datang membeli juadah setiap kali tibanya Ramadhan.

“Kami bukan berniaga di sini tiap-tiap hari, cuma sebulan dalam setahun…Kami mahukan jawapan DBKL kerana sehingga sekarang mereka masih membisu,” katanya.

Peniaga asam pedas, Zaiton Baba, 52, yang juga penduduk asal Setiawangsa tetap bertegas akan meneruskan perniagaanya seperti biasa walaupun mendapat tekanan daripada DBKL.

“Kami kesal kerana masalah ini tidak mendapat perhatian wakil Umno Bahagian, Datuk Bandar, mahupun Menteri Wilayah kerana ia membabitkan peniaga Melayu,” katanya.

Warga asing

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berkata, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan individu yang memberi ‘kelulusan’ kepada DBKL menghalang kewujudan bazar terbabit.

“Masjid India, Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) banyak warga asing tapi kenapa tak dihalang?

“Datuk Zulhasnan, Datuk Bandar perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini,” tegasnya.

Difahamkan, Zulhasnan gagal dihubungi buat masa ini kerana mengerjakan Umrah di Mekah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments