Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Henti burukkan imej Bersih!

 | July 24, 2012

Keputusan mahkamah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai 'tidak haram' pagi tadi sangat adil sekaligus mempertahankan hak kebebasan rakyat untuk berhimpun.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa supaya menghentikan propaganda memburukkan imej Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) sebagai haram dan mengancam keselamatan negara.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai ‘tidak haram’ pagi tadi itu sangat adil sekaligus mempertahankan hak kebebasan rakyat untuk berhimpun.

“Tahniah kepada A Samad Said, Ambiga, dan pemimpin lain yang berani tunjukkan pendirian tegas.

“Harap tiada lagi tuduhan berniat jahat menggambarkan pertubuhan Bersih sebagai jahat, perosak, perusuh atau didalangi komunis,”
katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Bendahari PAS Dr Hatta Ramli berkata, keputusan mahkamah itu tepat memandangkan Bersih dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang sah dan hanya bertujuan untuk membangkitkan isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Hishammuddin pada 1 Julai 2011 bahawa Bersih adalah haram dan menyalahi undang-undang.

Hakim Rohana Yusof ketika membaca keputusannya berkata Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Beliau juga memutuskan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.

Pada 1 Julai 2011, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, lapan hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diadakan.

Hilang modal berpolitik

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan dan menggunakan Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburukkan Pakatan Rakyat dianggotai komunis dan pengganas.

Teresa berkata tuduhan Hishammuddin itu hanya menunjukkan beliau sudah
hilang modal berpolitik kerana tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan komunis dengan Pakatan.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang mendakwa pihaknya mengesan beberapa elemen Jemaah Islamiah (JI) cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis yang cuba meresapi DAP.

Sementara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Cawangan Khas itu hanya mahu mengalih pandangan rakyat mengenai isu kenaikan kadar jenayah yang semakin membimbangkan.

“Kita minta nilai sendiri rekod Menteri Dalam Negeri yang bertangungjawab melepaskan lebih 1,000 penjenayah tegar di bawah Ordinan Darurat yang akhirnya diakui polis telah meningkatkan kadar pelakuan jenayah dan dalam masa yang sama tak pedulikan tahanan ISA yang mogok lapar,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments