Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Hishammuddin wajar minta maaf

 | July 24, 2012

AIC percaya NGO serta jutaan rakyat juga menunggu mereka bersikap positif serta menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dan bertindak profesional.

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim Club (AIC) meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta kerajaan meminta maaf atas kesilapan pengisytiharan Bersih 2.0 sebagai haram.

Presiden AIC Malaysia, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Hishammuddin perlu berbuat demikian kerana tindakan ganas serta tidak masuk akal terhadap pertubuhan, peserta dan rakyat yang menyokong Bersih 2.0 termasuk mereka yang menyertainya.

“Umum mengetahui bagaimana Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Hishammuddin telah bertindak melabel Bersih 2 sebagai pengkhianat negara, merampas t-shirt Bersih 2.0 serta tindakan-tindakan di luar standard operasi biasa, sebelum dan semasa Perhimpunan Bersih 2.0”.

“Justeru tidak ada alasan lebih konkrit serta ruang untuk berdolak-dalik atas ketidak upayaan Hishammuddin yang bukan sahaja gagal menangani tuntutan rakyat dengan baik, malah bertindak sebaliknya dengan mentakrifkan pertubuhan Bersih 2.0 sebagai haram serta melabel jutaan rakyat yang mendukung tuntutan itu dengan pelbagai istilah negatif,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

`Mengotakan Janji Ditepati’

Saifuddin Shafi berkata, AIC percaya NGO serta jutaan rakyat juga menunggu mereka bersikap positif serta menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dan bertindak profesional.

“Tidak perlulah menyemarakkan permusuhan dengan rakyat yang jelas telah lebih matang dan berani untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap sebarang bentuk penindasan.

“Mungkin inilah juga peluang terbaik kerajaan Barisan Nasional dan Hishammuddin untuk mengotakan slogan Janji Ditepati , dengan mengangkat aspirasi rakyat kembali kepada tempatnya”.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan  Hishammuddin  pada 1 Julai 2011 bahawa Bersih adalah haram dan menyalahi undang-undang.

Hakim Rohana Yusof ketika membaca keputusannya berkata Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai tercemar.

Pada 1 Julai 2011, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Jawatankuasa pemandu Bersih yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments