Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Hudud: Jangan pentingkan diri sendiri

 | July 24, 2012

Tokoh-tokoh veteran politik yang sudah berpuluh-puluh tahun kena sensitif dengan isu-isu utama seperti anak-anak muda yang membentuk 47 peratus jumlah penduduk.

PETALING JAYA: Pemimpin veteran politik yang tidak memahami politik moden lebih baik bersara daripada mencetuskan polemik, kata Ketua Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow.

“Tokoh-tokoh ini hanya mementingkan diri sendiri, bercakap dalam isu-isu yang tidak penting seperti hdud ini.

“Saya kata begitu kerana isu Hudud ini sudah bercakap sejak berpuluh tahun lalu. Kalau penting sudah tentu ia selesai,” katanya.

Hu berkata demikian ketika diminta mengulas `krisis’ antara tokoh ulama PAS, Datuk Mahdfoz Mohamed dan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud.

Mahdfoz, Pesuruhjaya PAS Johor mengecam peringatan  Karpal mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan Hudud.

“Tokoh-tokoh veteran politik yang sudah berpuluh-puluh tahun kena sensitif dengan isu-isu utama seperti anak-anak muda yang membentuk 47 peratus jumlah penduduk.

“Rakyat sedang melihat ke arah aman negara yang mahu dibawa oleh pemimpin  politik negara.

“Mereka harus memikirkan sebarang perubahan yang boleh menyakinkan rakyat dalam pilihan raya umum ke 13,” tambahnya.

Manakala, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP harus menghormati perjuangan PAS termasuk dalam isu Hudud.

“Dalam konsep Pakatan Rakyat ada perbezaan yang harus dipersetujui. Ini bermakna DAP menghormati PAS, PAS menghormati DAP.
“Hudud ini sudah ada sebelum DAP lahir lagi,” kata beliau.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak mahu isu Hudud dipolitikkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments