Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Hutang M’sia masih terurus, kata Idris Jala

July 24, 2012

Hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal.

KUALA LUMPUR:  Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Katanya hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal.

“Dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita berada pada trajektori yang betul dan terus mengurangkan paras defisit setiap tahun. Bagi  2012, kami menyasar mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada 5.0 peratus daripada KDNK tahun lepas,” katanya kepada pemberita di luar jadual Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di sini hari ini.

Sambil memberi contoh projek Transit Pantas Massa, Idris berkata walau pun kerajaan perlu mengumpul dana bagi projek itu, ia masih berupaya memastikan paras hutang berada di bawah 55 peratus.

“Kita pinjam bagi melaksanakan pelaburan (bermatlamat) untuk mengembangkan KDNK dan ekonomi. Paras hutang itu akan secara langsung dikurangkan. Tidak  seperti Greece, mereka meminjam banyak wang tetapi ekonominya mengecut,” katanya.

Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata KDNK Malaysia 4.7 peratus pada suku pertama masih mengembang manakala KDNK Singapura hanya berkembang 1.4 peratus berikutan kemelesetan di dalam ekonomi global.

“Ini baik…dengan lebih banyak pelaburan mengalir masuk dan petunjuk yang positif,” katanya.

Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermatlamat mengumpul maklum balas dari orang ramai dan menyediakan asas bagi dilakukan semakan semula bagi Pemandu.

GTP Roadmap 2.0 digubal selepas Pemandu melakukan satu siri makmal, yang diadakan selama enam minggu pada April dan Mei, bagi mengenal pasti isu-isu dan peluang bidang pertumbuhan baharu, yang boleh dilaksanakan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA).

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments