Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Masalah dadah teruk hanya gembar-gembur pembangkang

 | July 24, 2012

Penyalahgunaan dadah masih terkawal di daerah Bau dan tiada sebab pembangkang mendakwa keadaannya teruk.

KUCHING: Ketua Polis Daerah Bau, DSP Mohd Sabri Zainol mengingatkan pembangkang agar lebih berpada-pada ketika bercakap dan tidak membuat dakwaan melulu berhubung kes dadah di daerah itu hingga membimbangkan orang ramai.

Sabri memberitahu dengan tegas bahawa penyalahgunaan dadah masih terkawal di daerah tersebut dan tiada sebab pembangkang mendakwa keadaannya teruk.

“Jangan cuba memberi persepsi buruk dan apatah lagi membangkitkan kebimbangan masyarakat.

“Kalau keadaan dadah dalam situasi teruk, keadaan keselamatan dan keamanan di Bau (pun) tidak terkawal lagi,” katanya sebagai merujuk dakwaan pembangkang yang dilaporkan dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris di sini pada 19 dan 22 Julai lalu.

Menurut beliau, apa yang dihasratkan pembangkang adalah orang ramai melihat ‘polis tidak turun bekerja’ tetapi usaha untuk membanteraskan isu itu sudah dipergiatkan sejak awal tahun.

“Berdasarkan statistik, tindakan-tindakan perlu sudah pun diambil. Mungkin apa yang dilaksanakan kita itu belum cukup untuk mereka, tetapi bagi semua orang dadah itu memang punca kepada peningkatan jenayah,” tegasnya.

Beliau juga menyeru masyarakat setempat jika ada maklumat suapaya menyalurkan sahaja kepada pihak polis untuk membolehkan mereka mengambil tindakan segera.

“Kurang maklumat kita terima maka kuranglah juga usaha yang dapat digemblengkan bagi mengurangkan masalah jenayah dan kegiatan dadah di daerah ini,” ujarnya.

Laporan akhbar berkenaan memetik naib ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Voon Shiak Ni menuduh OCPD Bau ‘tutup mata’ terhadap penyalahgunaan dadah di daerah Bau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments