Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pakatan: Seminggu untuk tukar tema ‘Janji Ditepati’

 | July 24, 2012

Slogan 'Janji Ditepati' itu tidak munasabah kerana ia bersifat peribadi untuk penyokong BN sahaja.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar tema Hari Merdeka kepada yang lain kerana ianya tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa Ali berkata, slogan ‘Janji Ditepati’ itu tidak munasabah kerana ia bersifat peribadi untuk penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja.

“Kami berikan tempoh seminggu. Kalau tidak kita akan cadang satu tema lain yang lebih sesuai untuk seluruh rakyat,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas mengadakan mesyuarat mingguan Majlis Setiausaha Parti Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Turut hadir Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong serta Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Zairil Khir Johari.

Dr Dzulkefly berkata pihaknya khuatir jika 80 peratus rakyat tidak keluar menyambut Hari Merdeka disebabkan slogan itu.

Katanya, Pakatan yakin dengan adanya 48 peratus undi popular berpihak kepada mereka sudah cukup membuktikan kegagalan yang signifikan pada sambutan Hari Merdeka pada tahun ini.

Sementara itu, Tian Chua berkata cadangan slogan baru itu juga nanti tidak akan menggambarkan sokongan kepada Pakatan tetapi  sebaliknya ia bersifat inklusif.

“Itu terpulang kepada rakyat sama ada mahu terima cadangan slogan Pakatan atau BN,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments