Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

S’gor bayar Talam lebihan RM1.9 juta beli unit pejabat

 | July 24, 2012

Pendedahan ini dibuat Ahli Parlimen Labis dari MCA, Datuk Chua Tee Yong.

FULL REPORT

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor kini berdepan pula dengan dakwaan membeli unit pejabat dari syarikat pemaju perumahan

Talam Corporation Sdn Bhd (kini Trinity Corporation) dengan membuat bayaran lebihan sebanyak RM1.9 juta berbanding harga rizab lelong.

Dakwaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Labis dan juga Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong pada sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa kerajaan negeri membeli lima unit pejabat itu dengan

harga 327 peratus lebih tinggi daripada harga rizab lelong pada tahun 2010.

“Berdasarkan harga rizab lelong lima unit pejabat itu boleh dibeli dengan harga RM832,000 berbanding jumlah yang dibayar sebanyak

RM2,724,000. Ini bermakna kerajaan Selangor bayar lebih sebanyak RM1,892,000 kepada Talam,” katanya.

Lima unit pejabat itu terletak di Menara Pandan, Pandan Indah Cheras. Para pemberita turut dibawa ke pejabat itu di Tingkat 17 bangunan berkenaan namun mendapati ianya berkunci.

Menurut Chua, unit pejabat yang dibeli pada tahun 2010 itu mempunyai keluasan 8,077 kaki persegi dengan harga purata RM337.25 sekaki per segi.

Unit-unit tersebut katanya merupakan sebahagian dari pembelian aset berjumlah RM600 juta oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor daripada Talam.

Harga lelong

“Pada 28 Julai 2010, notis lelong untuk lima unit pejabat di Tingkat 18, Blok A telah dikeluarkan. Purata harga lelong adalah di antara RM101 hingga RM103 sekaki persegi dan saiz unit pejabat pula di antara 676 kaki persegi hingga 2,752 kaki persegi.

“Namun pada 27 Januari 2011, lima unit pejabat yang sama tadi telah diisytihar untuk dilelong bagi kali kedua dengan harga diskaun menjadikan harga purata lelong telah jatuh sehingga ke paras RM81 sekaki persegi hingga RM83 sekaki persegi.

“Ini menunjukkan bahawa usaha untuk melelong lima unit pejabat pada 28 Julai 2010 tidak berjaya dan tiada pembida yang sanggup bayar harga antara RM101 sekaki persegi hingga RM103 sekaki persegi,” dakwa beliau.

Beliau berkata pembelian lima unit pejabat itu menimbulkan pelbagai persoalan ekoran kegagalan menjual semula unit-unit itu selepas dua tahun sedangkan sidang Dewan Undangan Negeri pada Julai 2010 diberitahu bahawa unit-unit pejabat itu mudah dijual.

“Bagaimana kerajaan Selangor boleh bersetuju dengan harga RM337.25 sekaki persegi untuk Tingkat 17, sementara Tingkat 18 pula telah ditampal notis lelong dengan harga antara RM101 hingga RM103 sekaki persegi dan tiada pembida.

“Jadi apa bentuk penilaian harga yang menjadi rujukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk pembelian aset-aset ini di Menara Pandan,” soalnya.

Chua sebelum ini mendedahkan pelbagai isu berhubung urusniaga kerajaan negeri dengan Talam di mana beliau mendakwa berlaku kepincangan, terutama mengenai pembelian aset-aset syarikat itu.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menepis dakwaan Chua itu dan berlaku polemik serta tuduh menuduh terutama melibatkan Chua dengan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua yang nampaknya tidak berkesudahan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments