Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Raja Komando akan saman Ummi Hafilda, Umno Online

 | July 25, 2012

Aktivis Pakatan Rakyat itu juga telah membuat laporan polis Jumaat lalu.

PETALING JAYA:  Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando akan meneruskan saman beliau terhadap Ummi Hafilda dan Umno Online.

Raja Komando ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat pada Jumaat di balai polis  Kelang.

Walaubagaimanapun, kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD)  Dang Wangi berikutan balai polis Kelang tidak mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk menyiasat kes yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber.

Laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan Ummi Hafilda yang disiarkan di dalam laman web Umno Online yang mendakwa jawatan Raja Komando sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah ganjaran selepas menjadi saksi palsu kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ummi Hafilda turut mempersoalkan bagaimana Raja Komando boleh menjadi pengerusi syarikat terbabit yang  menguruskan semua projek pasir di Selangor jika tidak dengan mengamalkan rasuah.

“Daripada siapa dia (Ummi Hafilda) dapat cerita mengarut ini? Saya bukan pengerusi KSSB. Saya mendapat tender dengan mengikuti segala prosedur yang sah”.

“Saya adalah kontraktor bebas yang membida projek KSSB seperti orang lain juga,” katanya.

“Dakwaan Ummi Hafilda langsung tidak berasas. Bagaimana saya boleh dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah jika saya adalah saksi palsu dan tidak boleh dipercayai”.

Terdahulu, Ummi telah menjelaskan bahawa dia akan membuat laporan  finah jenayah terhadap Raja Komando menyebarkan fitnah kononya Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin (pada tahun 1998) mengatakan dia seorang pelacur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments