Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Wong Judat ‘main kayu tiga’

 | July 25, 2012

Sebagai wakil rakyat yang sudah dipilih secara majoriti, kita perlu ada kredibiliti, maruah dan janganlah lompat sini, lompat sana.

KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia) dan Menteri Muda Perumahan, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan Wong Judat keluar parti seperti ‘main kayu tiga’.

Beliau berkata tindakan Wong Judat itu hanya akan menjejaskan jentera parti dalam kawasan tersebut dan tidak akan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN) secara menyeluruh dalam kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata tindakan itu merupakan satu perkara yang menyedihkan.

“Sebagai wakil rakyat yang sudah dipilih secara majoriti, kita perlu ada kredibiliti, maruah dan janganlah lompat sini, lompat sana,” katanya.

Katanya, apabila sudah dipilih untuk mewakili satu-satu parti seseorang itu perlu akur kepada keputusan parti dan janganlah terlalu mementingkan diri sendiri.

“Kita sudah diterima berdasarkan kepada keputusan secara kolektif dan perlu bekerjasama dengan orang lain dalam parti untuk mengukuhkan kekuatan serta sokongan dalam parti,” katanya.

Tidak ada maruah

Beliau yang juga Adun Asajaya berkata, tindakan itu hanya dilakukan oleh orang yang tidak ada maruah dan tidak memahami retorik politik yang sebenar.

“Saya percaya pemimpin seperti ini tidak akan bertahan lama dalam politik dan tidak ada tempat dalam parti,” katanya dengan harapan Wong Judat akan berfikir secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan dan perlu melihat kepada masa hadapan.

Abdul Karim berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Pergerakan Wanita SPDP Bahagian Pending bersempena “1Night With P195 and P196 Friends – Charity Movie Show”.

Kunjungan hormat itu antara lain membincangkan mengenai rancangan Pergerakan Wanita SPDP Bahagian Pending yang diketuai oleh Winnie Lim untuk menonton filem secara beramai-ramai.

Menurut Winnie Lim, tayangan filem yang bertajuk ’29 Februari’, sebuah filem 3D pertama Malaysia dilakukan untuk mengumpul dana bagi tujuan amal dan juga bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-55 kelak.

Filem tersebut akan ditonton pada 29 Ogos di MBO, The Spring. Selain itu, Winnie juga memberitahu Abdul Karim bahawa mereka akan mengadakan konvoi untuk mengedar Jalur Gemilang dengan menggunakan 32 buah kereta klasik di sekitar bandar raya ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda SUPP, Tan Kai dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang. Sebelum itu, Wong Judat dikatakan akan mengundur diri daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan bakal menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Tindakan itu diberitahu kepada media oleh Wong Judat sendiri selepas Majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit, baru-baru ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments