Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Mahkamah tolak permohonan Utusan batal saman Syed Husin

July 27, 2012

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan supaya kes itu dibicarakan selama dua hari bermula 29 Ogos.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan
Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak untuk membatalkan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan Senator Dr Syed Husin Ali.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan supaya kes itu dibicarakan selama dua hari bermula 29 Ogos.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam N.

Surendran yang mewakili Syed Husin, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan Melayu dan Abdul Aziz serta peguam Farah Mazlan mewakili anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.

Pada Mei lepas, Zulkifli turut membuat permohonan yang sama (batalkan saman) tetapi menarik balik hari ini.

Surendran memberitahu pemberita bahawa Vazeer juga membuat keputusan membenarkan Syed Husin meminda writ saman dan penyata tuntutan serta menetapkan 15 Ogos untuk pengurusan kes.

Tuntut RM10 juta

Syed Husin, 76, bekas timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfail saman itu pada 27 Januari lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain serta satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Dalam pernyataan tuntutan, Syed Husin mendakwa Utusan Melayu dan Abdul Aziz telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lepas, berjudul ‘Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin’.

Syed Husin berkata Zulkifli, dalam laman web peribadinya, menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu ‘Anjing-anjing Pencen’.

Sementara itu, menerusi pernyataan pembelaan Utusan Melayu dan Abdul Aziz yang difailkan pada 29 Febuari lepas, kedua-duanya menafikan dakwaan Syed Husin dan mereka hanya menerbitkan semula apa yang disiarkan Zulkifli dalam blognya.

Mereka juga mendakwa artikel itu diterbitkan semula dengan niat baik supaya dapat memberi maklumat kepada masyarakat awam.

Zulkifli, yang memfail pernyataan pembelaan pada 28 Febuari, pula berkata artikel di laman web peribadinya merupakan komen berpatutan dan melibatkan kepentingan awam.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments