Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Tiada aduan kenaikan harga makanan di Petaling Jaya

 | July 27, 2012

Ketua Cawangan JPDNKK Petaling Jaya, Mohd Ruhani Bakar bagaimanapun berkata, pemantauan di bazar-bazar Ramadhan di dilakukan secara berkala, iaitu selang satu hari.

PETALING JAYA: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Petaling Jaya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna setakat ini mengenai kenaikan harga makanan di bazar Ramadan di daerah itu.

Ketua Cawangan JPDNKK Petaling Jaya, Mohd Ruhani Bakar bagaimanapun berkata, pemantauan di bazar-bazar Ramadhan di sekitar Petaling Jaya dilakukan secara berkala, iaitu selang satu hari.

Beliau mengulas laporan bahawa terdapat kenaikan harga barangan keperluan sejak kebelakangan ini.

Peniaga didakwa mengambil kesempatan menaikkan harga atas ‘kebanjiran’ pengunjung ke bazar-bazar Ramadhan.

“Setakat tujuh hari umat Islam berpuasa, kami masih tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai berkenaan dengan kenaikan harga barangan,” jelas beliau.

“Tetapi pihak kami akan terus memantau dan memeriksa harga-harga barangan keperluan bukan sahaja di bazar Ramadhan tetapi di seluruh premis perniagaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seorang pegawai di Hulu Selangor berkata, pihaknya belum menerima aduan dari orang ramai mengenai kenaikan harga makanan di bazar Ramadan di daerah itu.

Pengarah jabatan itu bagi negeri  Selangor tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments