Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Bumburing keluar BN, sokong Pakatan

 | July 29, 2012

Kini tiada alasan untuk terus duduk dalam BN. Kita mesti keluar, katanya.

TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini secara rasminya mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat menawan Sabah dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Sekaligus mengisytiharkan dirinya melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan mahu melalui penubuhan gerakan baru, Angkatan Perubahan Sabah (APS).

“(Kini) tiada alasan untuk terus duduk dalam Barisan Nasional (BN). Kita mesti keluar,” katanya dalam satu himpunan dihadapan kira-kira
10,000 penyokong di sini petang tadi yang dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Turut hadir Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, Naib Presiden UPKO Senator Datuk Maijol Mahap, dan Setiausaha Agung Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Richard Yong.

Bumburing berkata, APS akan bergerak sebagai satu kumpulan jentera membantu Pakatan Rakyat meraih sokongan masyarakat Kadazandusun-Murut (KDM) dan bumiputera lain di Sabah.

“APS selepas ini akan jelajah seluruh Sabah terutama sekali kawasan KDM untuk memastikan dalam PRU majoriti akan sokong Pakatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan tujuan penubuhan APS itu untuk mengambil alih kepimpinan Pakatan di Sabah tetapi untuk membawa tenaga membantu kekuatan Pakatan.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut menafikan dakwaan akhbar beliau keluar UPKO kerana kalah dalam pemilihan.

“Tetapi sebenarnya saya tolak tak mahu lagi jadi Ketua Bahagian…Bernard (Dompok) merayu supaya saya terima pencalonan
tetapi saya tidak akan bertanding atas tiket BN.

“Tak penting berjuang untuk jadi calon YB tapi berjuang untuk rakyat,” katanya.

Royalti minyak

Beliau juga yakin Anwar dan Pakatan mampu mengotakan janji kepada rakyat Sabah untuk meberikan 20% hak royalti minyak kepada negeri itu sekiranya dapat mengambil alih Putrajaya.

Selain itu, beliau membangkitkan masalah utama di Sabah iaitu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dakwanya mencecah 250,000 orang untuk disenaraikan dalam PRU13.

Namun, katanya penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya sandiwara
kerana isu ini pernah dibangkitkannya di Parlimen namun tiada jawapan positif.

Oleh itu katanya sudah tiba masanya rakyat Sabah bangkit ikut jejak langkah Semenanjung menuntut perubahan tukar kerajaan dan pertahankan hak mereka daripada dikuasai PATI dan orang asing.

Sementara itu, Anwar berkata tidak memadai menubuhkan RCI di Sabah sahaja kerana kerajaan BN akan memindahkan senarai tersebut ke Selangor dan bawa balik semula ke Sabah selepas selesai RCI.

“Sebaik saja perintah kita menang PRU serta-merta kita tubuh satu jawatankuasa RCI untuk ambil alih tugas siasat dan bersih senarai ini (di seluruh negeri),” katanya.

Beliau turut menyifatkan majlis pengumuman itu sebagai satu kejutan daripada rakyat bangkit menuntut hak dan permulaan titik perubahan Sabah dalam sejarah politik Malaysia.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments