Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

AMK perlu pemimpin boleh bekerja, bukan popular

 | July 31, 2012

Bagaimanapun, Shamsul dan Rafizi belum boleh menyaingi Ezam, kata bekas Ketua AMK Selangor.

PETALING JAYA: Bekas Ketua AMK Melaka, Mohd Yusof Abdullah mempertahankan wibawa Shamsul Iskandar Md Akin sebagai seorang pemimpin muda untuk masa depan parti.

Mohd Yusof yang kini menjadi Pengarah Pilihan raya PKR Melaka juga menegaskan, populariti tidak penting sebaliknya memerlukan pemipin yang boleh bekerja untuk masa depan parti.

Bagaimanapun, beliau mengakui Pengarah Srategi PKR, Rafizi Ramli merupakan seorang yang begitu menonjol kebelakangan ini.

Mungkin Rafizi lebih menonjol kerana secara kebetulan membawa isu seperti skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Isu NFC itu telah menyebabkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat pada 9 April lalu.

Ditanya mengenai Rafizi yang  sangat popular sekarang, Mohd Yusof menegaskan:

“Populariti tidak penting. Kalau popular, Chuai Jui Meng pun popular.Budaya kita ialah tunjukkan kita adalah pemimpin yang boleh buat kerja.”.
Mohd Yusof pernah menjadi Ketua AMK Melaka sepenggal semasa Ezam Mohd Noor menjadi Ketua AMK Pusat.

Seorang lagi bekas Ketua AMK, Hamidzun Khairuddin berkata, ketokohan Shamsul mahupun Rafizi belum boleh menyaingi Ezam.

Katanya, rakyat sekarang lebih gemar kepada pemimpin muda yang tidak mempunyai jenama politik kerana pendapatnya lebih bebas dan bukannya mengampu pemimpin tertentu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments