Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

AMK pertahan Shamsul

 | July 31, 2012

Pertama, Shamsul terpilih menjadi Ketua AMK dan yang kedua sebagai Pengerusi PKR negeri Melaka.

PETALING JAYA: AMK tidak melihat populariti Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebagai saingan kepada Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua AMK sejak 2007.

“Ya, Rafizi bukan saingan kepada Shamsul, kalau kita lihat peranan antara kedua-dua mereka juga berbeza.

“Rafizi menonjol kerana beliau menjadi Pengarah Strategi. Pengarah Strategi sepatutnya menonjol.

“Semasa Tian Chua dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjadi Pengarah Strategi PKR, mereka semuanya menonjol.

“Tetapi Rafizi popular dan menonjol selepas setahun menjadi Pengarah Strategi PKR pada tahun 2010,” Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dua pemimpin muda dalam PKR iaitu Shamsul dan Rafizi yang dikatakan bersaing untuk menonjol dalam parti.

Menurut Rozan, kebolehan dan kemampuan Shamsul usah diragui kerana parti memberi dua amanah kepada pemimpin muda itu.

“Pertama Shamsul terpilih menjadi Ketua AMK dan yang kedua sebagai Pengerusi PKR negeri Melaka.

“Ini bermakna PKR Pusat yakin dengan Shamsul,” tambah Rozan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments