Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Cuepacs harap pesara KWSP juga dapat RM500

July 31, 2012

Pada masa ini bayaran khas kewangan hanya diberi kepada pesara kerajaan yang memilih opsyen pencen.

PUTRAJAYA:  Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berharap agar Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan turut dipanjangkan kepada pesara yang memilih untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata pada masa ini bayaran berkenaan hanya diberi kepada pesara kerajaan yang memilih opsyen pencen, dan kira-kira 300,000 pesara yang memilih opsyen KWSP ini tidak pernah menerima apa-apa imbuhan daripada kerajaan selepas tamat perkhidmatan.

“Ramai yang menelefon saya meminta saya membuat rayuan kepada kerajaan agar mereka juga dapat menerima bayaran ini.

“Jadi kalau boleh sekali ini kita minta jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk turut memberikan mereka bayaran khas ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Omar berkata kerajaan turut diminta mempertimbangkan untuk memberi bayaran berkenaan kepada tentera yang berkhidmat 18 tahun ke bawah yang tidak mempunyai pencen, agar mereka tidak merasa tersisih.

Najib semasa mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam Rabu lalu turut mengumumkan pemberian Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments